HeLaiaN DeMi HeLaiaN

23 November 2010

Semut = Manusia... ???



Setiap kali semut ber'hijrah' dari satu tempat ke tempat yang lain, pasti jalan yang dilalui adalah satu sahaja.. Walaubagaimanapun terputusnya barisan yang dibuat, atau walau berapa kalipun semut-semut itu berulang-alik, pasti ia akan melalui jalan yang sama..

Ini adalah kerana setiap kali bertembung dengan sahabat yang lain, mereka pasti akan melakukan perlagaan sesungut seolah-seolah memberi isyarat tentang jalan yang seterusnya.. Subhanallah!! Sungguh, sangat unik cara mereka berinteraksi.. Maka, semut itu pasti sampai ke destinasi yang ia tuju.. Kerana isyarat yang 'diberikan' dan tanda yang 'ditinggalkan' oleh sahabat yang lain diikuti dengan penuh hemah..

Namun, boleh terjadi juga apabila seekor dari deretan semut itu terkeluar dari 'track' yang sedia ada.. Maka saat terkeluar dari 'track' itu, huru haralah keadaannya.. Jalannya jadi tak tentu arah.. Tak mampu lagi untuk berpatah balik ke 'track' yang asal.. Mungkin itulah akibatnya apabila tak 'menerima' isyarat dari sahabat dengan betul dan tak menjejaki tanda yang 'ditinggalkan' dengan penuh hati-hati.. Begitulah nasib seekor semut yang hidupnya seolah-olah tiada erti pada kita sebagai seorang manusia yang dicipta Allah berganda besarnya berbanding mereka..




Namun hidup mereka membawa seribu pengajaran kepada kita.. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu ciptaan itu sia-sia, yakni bagi orang yang berfikir..

"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".
[Surah Ali-'Imran : 191]

Kaitkanlah kisah ini dengan kehidupan kita sebenar.. Adakah kita juga sama dengan semut-semut tersebut??

Ya, kita sama sahaja dengan mereka.. Betapa kita perlukan seseorang untuk menunjukkan kita ke jalan yang lurus.. Seseorang yang mampu sentiasa mengingatkan kita mengenai cabaran kehidupan.. Memberi amaran kepada kita tentang bahaya yang bakal mendatang andai kita tidak berpegang pada jalan atau 'track' yang betul.. Dan begitu jugalah nasib kita andai kita tidak menggunakan nasihat-nasihat dan amaran-amaran yang diberikan oleh sahabat atau sesiapa sahaja dalam meneruskan hidup ini.. Pasti arah haluan kita akan tersasar.. Kerana itulah, sangat penting bagi setiap insan yang bergelar hamba Allah untuk sentiasa diingati dan dibimbing ke jalan menuju Allah SWT..

Antara wadah yang terbaik, yakni yang mampu menjadikan kita seperti semut yang sentiasa berada dalam 'track' yang betul, dalam pada kita ingin menuju ke destinasi yang hakiki adalah majlis ilmu seperti taklim atau halaqah atau usrah.. Inilah antara wadahnya yang mampu membawa kita ke jalan yang kita tuju bersama dengan bimbingan dan nasihat dari para naqib atau naqibah, murobbi atau murobbiyah..

Oleh itu, hargailah andai antum atau antuna atau anda-anda sekalian sudah berada dalam wadah ini dan janganlah dipersiakan saat ini.. Sungguh, antum atau antuna dan jua anda-anda sekalian sudah berada dalam 'track' yang betul.. Cuma, perbetulkanlah niat antum atau antuna.. Dan anda-anda sekalin juga.. Berbuatlah kerana Allah SWT.. Bagi yang belum merasai kenikmatan berusrah, carilah kerana anda masih belum terlambat..

Rasulullah SAW pernah menasihati Abu Dzar, "Andai kamu tahu esok kiamat, dan di tanganmu masih ada benih yang boleh ditanam, maka tanamlah.."

InsyaAllah, semoga apa yang ana sampaikan menyerap ke dalam jiwa-jiwa suci para pembaca sekalian.. Mudah-mudahan ianya memberi secebis erti buat kalian.. Asifah andai ada salah dan silap.. Mohon diperbetulkan.. Salam penuh barakah dari ana.. Wallahu'alam...

0 ulasan:

Post a Comment