HeLaiaN DeMi HeLaiaN

TinTa PeNuLiS~

Salam...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberi peluang dan keizinan buat seorang insan yang kerdil ini untuk membuka sebuah wadah demi menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini. Sesungguhnya, wadah-wadah dalam menebarkan sayap Islam itu sangat banyak dan pelbagai. Pada saya, mata pena juga merupakan wadah terpenting dalam menyampaikan fikrah Islam.

Saya memohon agar blog ini memberi seribu satu manfaat kepada semua pembaca. Semoga perkara yang baik dari blog ini akan diambil sebagai panduan dan didikan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Namun, pasti juga tidak akan terlepas dari perkara-perkara yang kurang berfaedah, maka mohon dihindarkan dan dijadikan teladan.

Akhir kalam, semoga kita semua bersama-sama mengamalkan kembali cara hidup Islam yang sebenar. Bagi pembaca bukan Islam, saya mendoakan agar anda semua memperoleh kesejahteraan hidup dan dilimpahkan hidayah dari Allah untuk lebih mengenali Islam yang indah ini.

Salam pertemuan, salam ukhwah~