HeLaiaN DeMi HeLaiaN

21 November 2010

Hidup Ini...

Hidup ini umpama roti canai
Diuli dan dicanai berulang kali
Andai langkahnya betul
Rasanya pasti menyelerakan
Itulah hidup dari pandangan orang yang menggemari makanan

Hidup ini umpama komputer riba
Mampu menyimpan pelbagai data
Memudahkan kelangsungan hidup
Pelbagai kerja bisa dilunaskan
Itulah hidup dari pandangan orang yang mencintai IT

Hidup ini umpama kereta
Bergerak ke sana ke mari
Mencari arah destinasi yang ingin dituju
Terkadang bertukar wajah bertukar rupa
Itulah hidup dari pandangan orang yang menggilai kenderaan

Tetapi...
Hidup ini umpama penjara
Segala yang indah dibatasi syarak
Demi mengejar keindahan yang abadi
Biar terseksa zahir agar batin mengecap bahagia
Itulah hidup dari pandangan orang yang mencintai mati
Itulah hidup dari pandangan orang yang merindui Ilahi
Itulah hidup dari pandangan orang yang mendambakan firdausi
Itulah hidup seorang muslim sejati

Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis...[pesanan Penaja]


Maka, di manakah kita ini tergolong??? Renung-renungkanlah~

[saat hati dilanda keserabutan | meja study]

0 ulasan:

Post a Comment