HeLaiaN DeMi HeLaiaN

20 November 2010

Sekelumit Pengorbanan Selautan Rahmah...

Assalamualaikum wbt.. Buat para sahabat, teman seperjuangan di jalan Allah ini dan juga buat semua insan yang berlapang hati untuk melewati catatan ana ini.. Salam penuh barakah buat kalian semua yang masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara buat kelangsungan hidup.. Subhanallah walhamdulillah.. Puji dan syukur hanya kepada Allah SWT.. Syukran jazilan kerana masih tidak jemu-jemu untuk menggerakkan jari-jemarimu di papan kekunci serta meluaskan bola matamu buat menatap catatan ana yang tak seberapa menarik ini..Namun, insyaAllah pasti ada yang ingin ana bawakan..

Ana susun sepuluh jari memohon maaf andai ana ada melakukan sebarang kesalahan yang mungkin tak disedari oleh ana sendiri.. Ana juga memohon maaf kerana lewat untuk mengucapkan salam aidiladha buat semua.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. InsyaAllah.. Makanya, dikesempatan ini ana ingin menghulurkan SALAM AIDILADHA buat semua sahabat, akhwat dan para pembaca sekalian.. semoga segala pengorbanan yang kita lakukan walau sekecil manapun bernilai di sisi Allah SWT..

Alhamdulillah, Aidiladha kali ini ana memperoleh seribu satu pengalaman yang 'luar biasa'..mengapa ana katakan begitu? Inilah buat pertama kalinya ana beraya tanpa keluarga tercinta di sisi.. Inilah kali pertamanya ana beraya di perantauan (over the sea).. Dan inilah kali pertamanya ana mampu untuk menyediakan juadah di pagi raya seperti di kampung dengan air tangan sendiri.. Ana berasa sangat bertuah, syukur alhamdulillah.. Ada hikmahnya di sebalik pengorbanan yang ana lakukan.. Mungkin benar ana tak dapat bersama dengan keluarga di kampung, namun pengalaman yang ana timba di perantauan cukup berharga buat ana.. Bermula dengan kuah kacang dan ketupat, sehinggalah ke rendang daging, dan diakhiri dengan sup daging.. Juadah yang boleh tahan rasanya (bagi level amatur).. Dengan hasil usaha berhempas pulas ana bersama dua orang akhwat lagi yang sama-sama kerinduan dengan kampung halaman, yang berada dalam kesyahduan apabila takbir bergema merentasi alam yang kelam, alhamdulillah hasilnya mumtaz.. Perjuangan terakhir dalam menyediakan sup daging dilunaskan oleh akhwat yang seorang ini (angah).. Ana just tumpang cakap "sedapnya bau" je..

Alhamdulillah, rezeki yang ada dikongsi bersama akhwat dan sahabat senasib yang tak berkesempatan pulang ke desa tercinta.. Kebanyakan dari akhwat dan sahabat yang tidak pulang beraya adalah kerana bakal berhadapan dengan paper (exam) yang terlalu hampir iaitu pada hari jumaat (19.11.10).. Ana juga tergolong dalam kalangan mereka..InsyaAllah, rasa hati kami bersatu membentuk sebuah semangat nan jitu.. Pengorbanan kami tabur buat mengecap secebis nikmat dan rahmat dariMu..

Dengan berlalunya Aidiladha, ini memberi erti bahawa berakhirlah jua perjuangan ana sebagai pelajar Sains Farmasi bagi sem3 (Tahun2, Sem1) ini.. Alhamdulillah, segala kesyukuran ana titipkan buat Ya Rabb atas segala nikmat, rahmat, hidayah dan petunjukNya buat ana.. Ana melalui saat getir peperiksaan dunia ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Walaupun ana bukanlah telah melakukan yang terbaik dalam exam, namun insyaAllah itulah yang termampu ana lakukan.. Segalanya ana serahkan pada Allah.. Hanya kepadaMu aku bertawakal, Ya Allah~


Di kejauhan ini
Kau sedarkanku akan sesuatu
sesuatu yang sering kutempuh saban tahun
namun jarang sekali ku amati nilainya
jarang sekali ku rasai rahmatnya
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati
kau selak jendela hatiku
saat ku di kejauhan ini
untuk mengenal erti
kalimah-kalimah suci
yang memuji-mujiMu Yang Maha Agung
yang dirangkul menjadi sebuah kalam
kalam mulia di kala kelamnya malam
kalam mulia di kala heningnya subuh
dan kalam mulia di kala sunyinya dinihari
kalam suci TAKBIR yang terusan sahut-menyahut
mencari kunci keredaanMu
Buat membuka pintu rahmatMu..

Alhambulillah Ya Rabb..
sungguh, hatiku syahdu~

0 ulasan:

Post a Comment