HeLaiaN DeMi HeLaiaN

31 May 2012

Kerana Kita Manusia...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Kisah di suatu masa lalu...

Hari ini aku ingin ber'dating' bersama saudaraku yang tercinta. Tinggal kami berdua sahaja, saudara yang lain sudah terbang ke merata tempat meneruskan usaha jihad. Dan kami, tetap tinggal di sini meneruskan usaha kami juga. Namun untuk petang itu, kami putuskan untuk pergi mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin indah.

Halatuju? Pasar malam Sg. Dua.

Tetapi sebelum ke destinasi yang dituju, aku dan saudaraku menyimpang sebentar menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Apa? Bagi makan ikan ternakan bagi projek tahun akhir milik saudara serumah ku. Sepanjang perjalanan ke tempat ternakan, banyak perkara yang kami bualkan. Suasana berbaur ceria~

Setelah selesai memberi makan kepada ikan-ikan patin yang 'comel-comel', aku dan saudara ku kembali menukar niat yang utama. Ke pasar malam~ Semasa dalam perjalanan yang agak 'panjang', saudara ku mengutarakan satu persoalan yang seolah-olah tidak tercapai dek akal untuk memikirkan asbabnya.

"Kenapa ya? Kenapa manusia yang dilantik Allah menjadi khalifah di muka Bumi ni?"

"Maksudnya?... Kenapa?"

"... Ye lah. Kenapa manusia? Untuk mentadbir langit dan Bumi serta seisinya."

"Oh... Maksudnya kenapa tidak suatu makhluk yang boleh terbang dan boleh hidup dua alam. Macam tu ke?"

"Haa... Kenapa manusia yang dipilih, sedangkan manusia tu hanya berada di antaranya."

"..."

Sama-sama berpandangan dan berfikir.




"Kerana kita adalah manusia. Sebaik-baik penciptaan dari Allah. Andai ikan atau semut atau batu yang diarahkan untuk menjadi khalifah Allah, pasti lah susahkan...?"

"Hmm... Sebaik-baik penciptaan kan? Allah Maha Mengetahui tentang kita. Kemampuan, kelemahan, keperluan."

"Betul dah. Ya Allah, aku bersyukur Ya Rabb. Kau ciptakan aku sebagai manusia, bukannya batu."

Dan aku tersenyum sendiri. Tersenyum memikirkan topik perbualan kami. Dan dalam hati terbit rasa kagum. Kagum dengan penciptaan dan kekuasaan Allah. KeagunganNya terserlah walau di mana pun kita memandang, melangkah. Dan aku juga kagum. Kagum dengan saudara ku yang seorang ini. Sungguh, hatinya tulus. Mudah tersentuh dan berfikir tentang penciptaan Ilahi. Aku tersibghah~~~

Benarlah kata-kata keramat dari Allah:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'."
[Surah Ali-'Imran: Ayat 190-191]

Subhanallah, Ya Allah~
PenciptaanMu Maha Luas, Maha Agung.
KekuasaanMu Maha Tinggi, namun Kau Maha Penyayang~~~




1 comment:

  1. Ikan takkan dapat terbang,
    Burung takkan mampu berenang..
    Manusia juga yang diberi peluang,
    sekalipun malang,
    takbur berpetualang...

    Wanastaghfirullah~

    ReplyDelete