HeLaiaN DeMi HeLaiaN

27 November 2009

Jika Dahi Tak Mencecah Ke Sejadah Di Dunia..

Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
Berwuduklah kamu sebelum diwudukkan,
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih,
Pada waktu itu tak guna lagi berseri...

Waktu orang hadir itu merintih,
Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan satu salam,
Beserta fatihah, selawat dan doa,
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah,
Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu,
Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan,
Seumur hidup,
Apakah dengan solat tanpa rukuk dan sujud,
Yang telah luput,
Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu,
Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat...

Usunglah dirimu untuk solat,
Sebelum engkau diusung ke liang lahat,
Menjadi makanan cacing dan ulat,
Dirimu ke masjid,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah...

Sucilah kamu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail,
Yang menakutkan,
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ia berguna untuk yang tinggal,
Dan bukan yang mati,
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan...

Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana jua kau berada,
Kau tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi langit Tuhan,
Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruanNya...

Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir,
Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air,
Yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membentuk tulang-tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai ini,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak patuk itik tak sudi,
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat,
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat...

Sambutlah seruan haiya'alalsolah,
Dengan penuh rela dan bersedia,
Sahutlah seruan haiya'alalfalah,
Jalan kemenangan akhirat dan dunia,
Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Untuk kembali ke pangkuan Tuhan...

Pada hari itu,
Tiada berguna harta, tahta dan putra,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia...

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.....

SUDAHKAH ANDA MUHASABAH DIRI?????

(Siaran dalam Radio IKIM.FM)

Sejarah Dua Nabi...

Tanggal 10 Zulhijjah 1430 Hijrah bersamaan dengan 27 Novenber 2009, umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Haji atau lebih di kenali sebagai Aidiladha..Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s..Catatan sirah kedua-dua nabi ini, menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat Islam ke arah rasa taqwa kepada Allah s.w.t. tanpa berbelah bagi..Malah ia juga menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, Siti Hajar serta kasih antara ibu dan anaknya..

Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip daripada catatan sirah ini..

Pertama, peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus..Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya di kenali sebagai Bakkah..

Peristiwa kedua merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya..Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga:

Nabi Ismail a.s. berkata: ``Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Dan ketiga, pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.

``Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.

``Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: ``Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan sujud...'' (Al-Baqarah:125)

Al-Quran memberikan gambaran yang jelas tentang keperibadian Nabi Ibrahim di dalam surah Al Nahl ayat 120-122 bermaksud: ``Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah, dan seorang yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya..

``Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukkannya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia..

``Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.'' (An-Nahl:120-122)

Baitullah yang juga dikenali sebagai Kaabah, merupakan arah kiblat bagi semua umat Islam bersembahyang untuk mengabdikan diri kepada Allah..Kaabah pada mulanya telah dibina oleh Nabi Adam, bapa kepada sekalian manusia. Apabila banjir besar melanda Mekah, Kaabah telah rosak..Nabi Ibrahim membinanya semula di atas tapak yang sama. Baginda meminta Nabi Ismail mencari sebiji batu bagi menandakan penjuru bagi Kaabah..Maka Jibril memberikan Nabi Ismail petunjuk untuk mencari sebiji batu yang diberi nama Hajarul Aswad..

Semasa batu itu diletakkan, mereka berdoa, ``Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): ``Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui..

``Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami..

``Sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha penyayang.'' (Al-Baqarah:127-129)

Kaabah merupakan kiblat, yakni arah tuju Muslim ketika menunaikan kewajipan solat..Meskipun Muslim mengarahkan dirinya kepada Kaabah ketika solat, Muslim tidak menyembahnya..Hakikatnya, yang layak disembah hanyalah Allah s.w.t.

Firman Allah menjelaskan: ``Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menghadap ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidul Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.'' (Al Baqarah: 144).

Struktur berbentuk kubik ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri..Ia menjadi lambang perpaduan jutaan Muslim di seluruh dunia..Misalnya dalam menunaikan ibadah solat, Muslim menghadapkan dirinya ke arah kiblat yang satu untuk menyembah Allah yang satu..Perpaduan merupakan elemen penting di dalam Islam ke arah persaudaraan yang lebih bermakna..Tambahan lagi sejarah membuktikan, peta pertama dilukis oleh seorang Muslim dengan meletakkan tanda arah selatan di atas dan utara di bawah..Secara geografi, kedudukan Kaabah itu sendiri terletak di tengah-tengah kedudukan dunia..Meskipun Barat menukarkan tanda arah utara di atas dan selatan di bawah, Kaabah masih kekal kedudukannya di tengah-tengah peta dunia..Tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji di Masjidul Haram sekeliling Kaabah, secara simboliknya menggambarkan kepercayaan pada Tuhan yang satu sebagaimana setiap pusingan menghasilkan satu bulatan..

``Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh..

``Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.'' (Al Hajj 27-28)..

Mengatakan Kaabah sebagai simbol berhala adalah tidak dapat diterima akal sama sekali..Bukti sejarah dapat di jadikan sandaran dalam menyokong dakwaan menafikan pembohongan ini..Ketika zaman baginda s.a.w., azan turut dilaungkan dengan berdiri di atas Kaabah setiap kali waktu solat..Gambaran grafiknya boleh dilihat dengan menonton kisah Al-Risalah (The Message), lakonan Anthony Quinn..Watak Bilal bin Rabah dilakonkan dengan memanjat Kaabah itu sendiri dan melaungkan azan ketika pembukaan Mekah selepas 13 tahun berkembangnya Islam di Madinah..Seseorang perlu bertanya pada diri, jika benar Kaabah disamakan dengan sebuah berhala, apakah penganutnya akan memijak berhala itu untuk menyembahnya?

Petikan: Utusan Malaysia
12.2.2003

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. :)

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,
melihat keteguhan iman anaknya Ismail,
di kala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN...

22 November 2009

Jika Kita Tidak Menyayangi, Kita Takkan Disayangi...


Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a... Setibanya merka berdua di bawah sebatang pokok tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah..Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita..Fatimah terkejut, Rasulullah menyambung kata-katanya lagi..Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek..

Pertama, pohon semalu akna kuncup apabila disentuh..Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya..Oleh iut, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim..

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan memcengkam bumi..Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat denagn Allah Rabbul Alamin..

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang..oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila semakkin senja..

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil..Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang semanis-manisnya??Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu..

kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal.. Seorang wanita menjadi kupu-kupu..Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam..Apakah iut manis??Sudah tentu tidak sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya..sekiranya dia perlu berada di luar,dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah..Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga..Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu, dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis..Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hait orang yang sakit akan mengatakan hal ini salah..

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi saya..Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan..Katanya, pergerakan perempuan terbatas..Semua yang dilakukan oleh perempuan menjaid perhatian..Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual..Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan..Gadis ini beria-ia mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki..

Lalu saya pun memberi contoh kehidupan rama-rama..Katanya rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah..Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa..Terpaksa tinggal lama dalam kepompong..Kemudian apabila keluar dari kepompong, dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat..Tatkal begini dia terdedah pada bahaya disambar burung..Manusia pun geli melihat ulat..Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama, dia akan menghiburkan penglihatan sesiapa sahaja..Tatkala dia mengembangkan sayapnya, semua akan terpukau kagum..

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam..Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama..Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama..Manusia seganas mana pun akan merasa lunak melihat rama-rama..

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan dihargai..Tanpanya dunia tidak akan semeriah ini..Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita..Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa..

Ingatlah..BARANGSIAPA YANG TIDAK MENYAYANGI, DIA TIDAK AKAN DISAYANGI..

(Muslim)

Renungilah sahabatku dan pembaca sekalian..lebih-lebih lagi jika anda bergelar seorang wnaita..Wassalam..

10 November 2009

Satu Pukulan, Tiga Jawapan...

Pada suatu hari, tiga orang kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok.. Mereka berpakat untuk mengganggunya.. Mereka kemudian membangunkan orang tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya..

Tanya si kafir kinziq pertama: "Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah mesti beriman kepadaNya??"

Kafir kinziq yang kedua pula berkata: "Bagaimana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan azab kepadaku?? Bukankah semua amalanku telah ditakdirkan olehNya??"

Yang ketiga pula mengajukan soalan: "Bukankah jin itu dibuat daripada api?? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api??"

Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka.. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim..

Di hadapan hakim, orang kafir zindiq itu berkata: "Kami mengajukan tiga soalan kepada orang tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dengan tanah liat..

Maka hakim itu pun bertanya: "Mengapa kamu memukul mereka bertiga?? Malah tidak menjawab soalan mereka??"

Jawab orang tua itu: "Saya telah menjawab soalan-soalan mereka.. Orang yang pertama menyatakakn dia tidak beriman kepada Allah kerana tidak dapat melihatNya, lantas saya memukulnya.."

Kata orang itu: "Ya, kamu telah menyakitiku.."

Balas orang tua itu: "Apabila kamu merasa sakit, maka di manakah sakit itu?? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu, maka bererti kamu tidak sakit.."

Kata orang kedua pula: "Tetapi kemapa kamu memukul aku juga??"

Jawab orang tua: "Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisab amalan kamu yang telah ditakdirkan olehNya.. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukul kamu, maka kenapa kamu mengeluh??"

"Dan orang ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sdangkan mereka diperbuat daripada api.. Maka saya memukulnya juga.."

Kata orang itu: "Awak telah menyakitiku.."

Lantas dijawab orang tua itu: "Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat?? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu?? Begitu jugalah dengan cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api.."

Wassalam......

Renung-renungkanlah kisah ini..sesungguhnya Allah itu Maha Agung..dan setiap perkara yang berlaku itu, ada penjelasannya..dan sudah tentu ada hikmahnya..tinggal lagi kita sebagai hambaNya untuk mendalami dan memahami segala yang tersirat di balik yang tersurat itu..err sbenarnye, cite ni aku 'kopi n teh' dari somewhere laa..aku pun xingat dh..sbb aku amik gmbar gune phone text die..hehe ciplak r kirenye..surau kot~ tp harap2 mendatangkan manfaat kepada yg membacanya..afwan ye kepada yg di'kopi'..asif2..

"...iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram..." (13:28)